Masa kita kecil, kita mesti suka minta duit dengan mak kita bukan? Hehehe semua itu kenangan yang paling indah dan tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Pelbagai ragam dan cara kanak-kanak meminta duit daripada emaknya sama ada dengan cara berkias, secara terus ataupun tanpa mukadimah. Bagi orang Melayu, mereka sangat mementingkan adat dan kesopanan dalam kehidupan seharian. Sehingga kini, masih ramai yang menerapkan unsur-unsur kesopanan ini kepada anak-anak mereka. Adat meminta wang daripada orang tuapun ada cara dan situasinya.
Selalunya, anak-anak digalakkan meminta ketika orang tua dalam keadaan yang gembira atau tidak dalam masalah. Cara meminta juga perlulah berkias seperti dimulakan dengan kata-kata pujian untuk menimbulkan perasaan gembira. Contohnya;
Adik : Ayah, ayah tengok cerita apa tu?
Ayah : Ayah tengah tengok Raja Lawak ni, kelakar benor.
Adik : Patutlah dari tadi ayah tergelak-gelak. Best tak ayah?
Ayah : Best giler, memang jadilah lawak dia buat tu.
Adik : Ha, yang ni lagi best ayah. Ermmm Adik nak cakap
sikit boleh tak ayah?
sikit boleh tak ayah?
Ayah : Adik nak cakap apa?
Adik : Sebenarnya, adik ada program dekat sekolah hujung
bulan ni. Jadi, adik nak guna duit sikit. Boleh tak ayah?
bulan ni. Jadi, adik nak guna duit sikit. Boleh tak ayah?
Ayah : Eh. kenapa tak boleh pulak. Mestilah boleh untuk
anak ayah.
anak ayah.
Adik : Hehehe...terima kasih ayah. (ucapan terima kasih amat
penting bagi menunjukkan tanda kita bersyukur).
Begitulah adat dan kesopanan yang perlu kita terapkan dalam diri. Walaupun hal ini nampak remeh, tetapi memberi kesan yang bermakna kepada kita. Jika anak-anak meminta dengan kasar, tentu akan menimbulkan kemarahan orang tua dan hilanglah sopan-santunnya orang Melayu di situ. Malahan, bukan sahaja meminta duit, kalau hendakkan sesuatu yang lain juga perlu ada cara dan gaya yang disenangi oleh orang tua kita.
Komen: Masyarakat kita kaya dengan adat, budaya dan sopan santun. Kita sebagai generasi muda perlu sentiasa mengamalkan nilai budaya dan adat bersopan-santun ini agar tidak hilang ditelan zaman kelak. Tiada ruginya jika kita mengamalkannya kerana semua ini membawa kebaikan kepada diri kita sendiri. Budi itu melambangkan hati, budaya itu melambangkan gaya dan bahasa melambangkan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan