Mungkin sudah menjadi kebiasaan untuk seseorang yang berasal daripada sebuah negeri yang sama mengenali sesama mereka sendiri. Saya yang berasal daripada negeri Sabah akan mudah untuk mengenali orang satu negeri dengan saya hanya dengan mendengar orang tersebut bertutur.
Kebetulan, baru-baru ini saya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan saudara saya. Ketika kami singgah untuk menunaikan solat Zohor, kami sempat untuk bercerita dan bersembang dengan menggunakan bahasa dialek Sabah. Sedang kami rancak berbual selepas menunaikan solat, seorang perempuan menyapa kami.
Kakak : Assalamualaikum, erm orang Sabah bha kan?
Saya : Iya, Sabah. Kakak pun orang Sabah kah?
Kakak : Iyalah bha. Dengar-dengar jak kamu bercerita.
Tau sudah orang Sabah.
Sepupu : Kakak Sabah di mana?
Kakak : Sia orang Sandakan. Kamu bukan orang KK
kan?
Saya : Ndak, kami orang Tawau.
kakak : Hehe...sudah sia agak. Dengar bahasa kamu
pun tau sudah.
pun tau sudah.
*Sia= Saya
*jak= sahaja
*tau= tahu
*KK= Kota Kinabalu
*Ndak= Tidak
Sebenarnya, walaupun negeri Sabah mempunyai bahasa dialek tersendiri, namun bunyi bahasa dialek tersebut dipengaruhi lagi dengan kedudukan geografi atau kawasan daerahnya. Jika di kawasan Utara Sabah, bahasa dialek lebih pekat dan agak menekan sedikit ketika bercakap. Di bawah kawasan Utara, kepekatan dialek Sabah itu semakin cair kerana orang-orang di kawasan daerah Sandakan, Lahad Datu, Telupit tidaklah sepekat bahada dialek di Utara Sabah. Manakala, di Selatan Sabah, iaitu di daerah Tawau, Semporna dan Kunak, bahasa dialeknya lebih cair dan tidak kedengaran pun kepekatan telor Sabah tersebut. Namun begitu, bahasa dialeknya masih sama, yang berbeza hanya telornya dan bunyi sahaja. Begitulah serba sedikit pengenalan bahasa di negeri Sabah di Bawah Bayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan