Adakah anda tahu bagaimana anak-anak remaja menyapa rakan-rakan mereka? Di Tawau, bahasa sapaan ketika bertemu rakan yang selalu digunakan adalah 'Geng', 'Konco, 'Jo' atau 'Bosku'. Kalau di Semenanjung mereka lebih suka menggunakan perkataan 'Bro' atau 'Der'.
Contoh cara sapaan budak-budak remaja di Tawau adalah seperti ini:
1) Ui geng/gink dari mana kau ni?
2) Jo sini luk lau bha kejap.
3) Hello bosku, lama ndak jumpa kau ni?
4) Assalamualaikum, ish koncoku bha nie.
Sini bha duduk minum.
Mereka jarang menggunakan panggilan atau sapaan dengan nama seseorang kerana memang begitulah cara sapaan mereka kerana menunjukkan mereka sangan rapat. Jika mereka menyapa dengan panggilan nama, kemungkinan mereka hanya kawan biasa dan tidak rapat. Begitu juga dengan golongan emaja perempuan, mereka lebih senang menggunakan sapaan tersebut atau lenggunakan sapaan 'Sumandak' yang merujuk keapda perempuan. Berbeza dengan remaja di Semenanjung, rata-rata saya melihat mereka menggunakan sapaan nama seperti 'Bro' atau 'Der' seperti:
1) Hello bro, wah lu dah pakai potor besar sekarang.
2) Rileks der, marah-marah pun tak dapat per.
Kata sapaan sebegini lebih lazim digunakan oleh golongan remaja lelaki, kerana kata sapaan 'bro' dan 'der' tersebut merujuk kepada lelaki. Bagi golongan remaja perempuan pula, sapaan nama lebih biasa digunakan atau penggunaan bahasa Inggeris seperti 'guys' dan 'you all'.
Kata sapaan ini adalah mengikut situasi dan keselesaan penutur. Semua bentuk sapaan ini adalah pengaruh daripada bahasa asing yang dan juga bahasa slanga yang dicipta sendiri oleh golongan remaja untuk menampakkan identiti meraka. Bahasa sapaan ini juga sudah diterima pakai oleh masyarakat disekeliling.
Hello Gink!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan