Seringkali apabila melakukan pembentangan saya akan menggunakan bahasa yang penuh kerana sebagai guru bahasa, saya berasa penggunaan bahasa singkatan adalah salah dari segi hukum tatabahasa. Rakan-rakan saya lain juga tidak menggunakan bahasa singkatan dalam sesebuah paparan slaid ketika pembentangan. Namun, baru-baru ini, pensyarah saya telah mengizinkan bahawa penggunaan singkatan dalam slaid adalah dibenarkan asalkan penggunaan tersebut sering digunakan dan diketahui umum penggunaan singkatannya.
Sealin itu, perkataan singkatan ini adalah menjadi gaya masyarakat ketika menggunakan telefon bimbit dalam sistem pesanan ringkas. Masyarakat kita sangat suka untuk menggunakan singkatan perkataan di dalam mesej-mesej yang dihantar. Malah, dalam laman sosial juga, masyarakat sering menggunakan perkataan singkatan untuk membuat status atau memberi komen dengan rakan-rakan.
namun, yang menjadi permasalahan, ialah apabila kita sudah terbiasa menggunakannya, kemungkinan kita juga akan terikut-ikut dalam penulisan ilmiah. Pelajar sekolah sering melakukan kesalahan ejaan apabila menggunakan ejaan singkatan ketika dalam penulisan karangan. Ini menjadi satu isu kepada pelajar dan guru kerana kesalahan tersebut termasuk dalam kesalahan ejaan. Oleh demikian, berpadah-padahlah menggunakan ejaan singkatan ini agar tidak tercampur aduk dalam perkara yang berbentuk ilmiah seperti penulisan karangan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan