Pernah dengar tidak orang menterbalikkan bahasa dengan maksud yang ingin disampaikan. Kalau seseorang itu kurang faham dengan apa yang dituturkan dalam bahasa ironi, tentu akan mengakibatkan kemarahan. Tetapi inilah salah satu bentuk bahasa yang masyarakat kita suka gunakan untuk menutup atau berkias dengan bahasa sindiran.
Sering kali orang akan menterbalikkan sesuatu ayat dengan makna yang ingin di sampaikan.
Contohnya:
1) Aku : Kau marahkah?
Dia : Tidaklah, aku sukakkk. (Menutupi maksud sebenar)
2) Aku : Apa kau buat di sini? (Kedai makan)
Dia : Tak buat paper, saja nak shoping. (Menutup maksud sebenar)
Bahasa seperti ini kadang kala digunakan untuk bergurau atau menyindir seseorang tetapi tidak menggunakan bahasa secara terus kepada orang kedua. Malahan, bahasa ini juga diucapkan mengikut tona atau jeda percakapan. Mungkin bahasa sindiran seperti ini diucapkan dengan sinis, gelak ketawa atau dalam nada marah. Jadi, terpulang kepada penutur dan pendengarnya mentafsir maksud sebenar ayat yang diujarkan.
Komen: Suatu bahasa boleh digunakan secara meluas. Bahasa lisan, bahasa kiasan, bahasa sindiran, bahasa terbalik, dan sebagainya terpulang kepada si penuturnya. Kepelbagaian bahasa ini terhasil daripada budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Jadi, tidak ada peraturan atau undang-undang yang menyatakan bahawa tidak boleh menggunakan bahasa seperti ini. Namun, apabila kita mencintai bahasa kita, maka terbentuklah nilai sesuatu bahasa tersebut dengan sendirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan