Adakah anda pelanggan tetap sesebuah majalah? Majalah apakah yang menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bahan bacaan? Terdapat pelbagai jenis majalah yang diterbitkan di Malaysia seperti majalah ekonomi, majalah perniagaan, majalah bahasa, majalah rumah tangga, majalah sosial, majalah hiburan dan banyak lagi jenis-jenis majalah yang terdapat di pasaran.
Namun, yang pastinya pilihan utama pembaca lebih tertumpu kepada majalah hiburan. Berapa banyakkah majalah hiburan yang anda ketahui yang diterbitkan di dalam industri percetakan negara? Majalah hiburan apakah yang menjadi pilihan anda sebagai pembacanya?
Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada penjualan majalah hiburan di negara kita. Hal demikian terjadi kerana golongan remaja lebih suka membaca sesuatu yang ringan dan naluri remaja yang suka kepada isu-isu semasa dalam dunia artis. Mengapa keadaan ini berlaku? Mengapa golongan remaja tidak cenderung untuk membaca bahan bacaan yang lebih berbentuk ilmiah.
Adakah kerana golongan remaja kita pada masa kini mencintai ilmu. Jika keadaan ini berterusan, budaya apakah yang bakal dipertontonkan kepada generasi hadapan. Majalah-majalah hiburan hanyalah sebagai bahan bacaan suka-suka segabai bahan gosip sesama sendiri. Sukar untuk kita melihat golongan remaja bersembang tentang perkara-perkara yang serius dan memberikan faedah kepada mereka. Malah, penggunaan bahasa yang digunakan dalam majalah-majalah hiburan lebih bersifat rojak dan tidak menepati standart bahasa Melayu jauh sekali dengan penggunaan bahasa baku. Keadaan ini akan mempengaruhi penggunaan bahasa dalam kalangan remaja itu sendiri.
Jika amalan membaca majalah hiburan ini menjadi tabiat, tidak banyaklah ilmu dan faedah yang mampu diperoleh oleh golongan remaja. Oleh demikian, golongan remaja perlu berubah angin dalam tabiat pembacaan mereka. Tidak salah untuk membaca majalah hiburan tetapi tidak mengenepikan majalah yang lebih bersifat ilmiah.
Pelbagai jenis majalah yang menjadi bahan bacaan pengguna |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan