Dengar sahaja 'Facebook', saya yakin pasti ramai yang tahu apa itu 'Facebook'? 'Facebook' ialah laman sosial yang menjadi kegilaan masyarakat pada masa kini. Memang banyak kegunaan laman sosial ini kerana boleh menghubungkan kita dengan rakan-rakan, keluarga dan juga memperoleh kawan-kawan baru. Selain itu, laman ini boleh menjadi medium penyampai maklumat yang lebih cepat dan mudah.
Namun, setiap yang baik pasti ada keburukannya. Terpulang kepada kita sebagai pengguna bagaimana untuk mengaplikasikannya. Sering kali ketika saya membuka akaun laman sosial ini, saya memerhati ada yang cuba menyampaikan tentang keadaan diri, perasaan melalui "FB", maklumat, memanjatkan doa dan sebagainya tentang diri si pengguna. Namun, yang menjadi kudis mata adalah pengguna yang menggunakan laman sosial ini untuk melepaskan kemarahan, kebencian, dan sebagainya yang tidak sedap dilihat dan didengarkan kepada orang lain.
Pengguna seperti ini menggunakan laman sosial "FB" ini untuk menyatakan perasaan dengan menggunakan kata cacian dan makian. Pengguna seperti inilah yang akan merosakkan imej bangsa kita sendiri. Jangan hairan kalau bangsa kita dicop sebagai orang yang suka memaki, berkata kesat dan sebagainya. Oleh demikian, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata di laman sosial seperti ini kerana kata-kata yang kita gunakan merupakan cerminan diri kita sendiri. Melalui kata-kata yang kita ujarkan atau paparkan di "FB ini menampakkan kita sebagai individu yang bagaimana? Jadikanlah laman sosial seperti ini sebagai wadah untuk kita mengembangkan ilmu dan budaya kita kepada orang awam.
Komen: Laman sosial seperti ini sememangnya mempunyai banyak kebaikan jika digunakan dengan sebaiknya. Namun, masalah penyalahgunaan tidak mampu dielakkan. Oleh demikian, kepada kawan-kawan yang mencintai bahasa, jangan cemarkan bahasa kita dengan menulis perkara yang tidak berfaedah dalam laman sosial seperti ini kerana akan mencemarkan bahasa sekaligus menjejaskan imej kita di mata orang lain. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan