Pabila namanya ditanya dia masam,
Namun begitu jelingannya aku paham,
Senyumlah-senyumlah ahaiii cek mek molek,
Senyumlah-senyumlah ahaiii cek mek molek,
Senyumlah-senyumlah ahaiii cek mek molek.
Hehehe...tentu anda tahu bukan rangkap lirik lagu di atas? Senyum seindah suria, senyum bagaikan bunga, senyum itu satu sedekah. Bak kata Dato' M. Daud Kilau, senyumlah ahai cek mek molek. Tentu yang membaca celoteh saya sekarang ini tengah tersenyum bukan? Alhamdulillah dapat lagi satu pahala. Hehehe
Sebenarnya, beberapa hari yang lepas saya telah pergi ke sebuah kedai di pekan Tanjong Malim untuk mencari pasu bunga bagi projek saya. Saya sempat masuk ke beberapa buah kedai untuk mencari pasu bunga tersebut. Tiba di sebuah kedai, saya pun masuk mencari benda yang ingin saya beli. Dua kali putar saya tidak bentuk pasu yang saya inginkan. Saya pun memutuskan untuk bertanya kepada pekerja di kedai tersebut.
Saya : Err, ada tak pasu bunga yang bentuk panjang?
Pekerja : Tengoklah kat situ. (Dengan muka yang masam)
Saya : Dah, yang bulat jer ada.
Pekerja : Kalau tak ade kat situ, tak de lah. (terus berlalu)
Saya : Ih, kenapalah orang ni? Tak dapat gaji dua bulan ker ape? (terpinga-pinga)
Rasa pelik pun ada, geram pun ada, tapi nak buat macam manakan? Hehehe senyum jerla...
Tentu anda juga pernah mengalami situasi seperti yang saya ceritakan di atas? Sebenarnya, itu bukanlah pertama kali saya menerima layanan pekerja atau pemilik kedai yang saya kunjungi. Apalah salahnya jika menjawab pertanyaan pelanggan dengan baik dan yang paling penting jawab dengan senyuman. Tentu pelanggan pun akan rasa gembira dan mungkin akan tertarik untuk membeli barangan lain.
Namun, memang sukar untuk mencari pemilik kedai mahupun pekerja yang boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dengan senyuman manis di wajah. Senyuman itu adalah sedekah. Jadi, amalkanlah selalu kerana senyuman juga suatu senaman muka untuk kelihatan awet muda. Kepada pemilik kedai, penjual dan pekerja di kedai, restoran, gerai dan di mana jua, lontarkanlah senyuman kepada pelanggan anda kerana pelanggan akan rasa lebih dihargai dan disenangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan