Teringat kisah saya masa saya berada di kampung. Masyarakat di negeri Sabah merupakan masyarakat yang mempunyai pelbagai bahasa mengikut daerah dan suku kaumnya. Namun, terdapat juga bahasa yang memang menjadi bahasa pertuturan harian bagi masyarakat di Sabah dan diketahui oleh seluruh penduduknya.
Setelah beberapa tahun berada di tanah Semenanjung ini, saya cuba untuk membiasakan bahasa Melayu standart bagi memudahkan proses pembelajaran dan memudahkan saya apabila masuk ke alam pekerjaan. Bagi pengetahuan anda, Limpas bermaksud lalu. Disebabkan saya cuba untuk menggunakan bahasa standart, dijadikan cerita, ketika saya jalan bersama keluarga di bandar Tawau, keadaan sedikit sesak dan orang ramai bergerak secara berpusu-pusu
Apabila keadaan agak menghimpit, saya bertindak untuk meminta laluan daripada orang lain agar saya dan emak saya dapat bergerak dengan lebih selesa.
Saya : Tumpang lalu cik, tumpang lalu.
Orang awam : Sambil memandang pelik kepada saya memberikan
laluan.
laluan.
Saya : Kenapa orang tu pandang semacam ya?
(berbisik dalam hati)
(berbisik dalam hati)
Mak : Limpas sikit ya nak.
Orang awam : Ya limpas la macik.
Saya : (Berbicara dalam hati) Ya Allah, bikin malu sak aku ni,
boleh pulak terlepas cakap begitu. Patut pun lain-lain
jak orang meninguk)
boleh pulak terlepas cakap begitu. Patut pun lain-lain
jak orang meninguk)
* Ya Allah, aku ni buat malu jer, boleh pula tersasul
cakap bahasa standart. Patutlah orang pandang semacam.
cakap bahasa standart. Patutlah orang pandang semacam.
Jika diingat kembali, lucu rasanya melihat pandangan sinis orang awam kepada saya pada waktu itu. Pandangan itu menunjukkan bahawa, mereka berfikir kemungkinan saya adalah seorang anak jati yang lupa pada asal usul saya. Hehehe hanya kerana tersilap kata, orang boleh berfikiran sebegitu kepada saya.
Lain pula cerita di saya di Semenanjung ini apabila pertama kali rakan serumah saya pada semseter satu mendengar perkataan 'limpas'.
Saya : Limpas dulu Yati, Kak Ucie nak ambil keluar.
(berdekatan pintu)
(berdekatan pintu)
Yati : Ha. lipas mana Kak Ucie? ( terus melompat kerana terkejut)
saya : Ish, Kak Ucie bukan kata lipaslah, Kak Ucie nak limpas.
Nak lalu maksudnya. Hehehe
Yati : Oh nak lalu. Kak Ucie ni, cakaplah terang-terang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan