Perkembangan bahasa berlaku jika penuturnya sering menuturkan dan cuba untuk mengembangkan bahasanya. Saya juga sedemikian kerana saya sangat suka untuk memperkenalkan bahasa saya, iaitu bahasa Dialek Sabah kepada orang lain khususnya kepada rakan-rakan saya kerana saya adalah pelajar yang sedang menuntut ilmu di Semenanjung Malaysia.
Saya akan menunjukkan satu situasi dengan menggunakan beberapa bahasa dialek atau istilah baru untuk anda pelajari bersama.
Anah : Ish mana bha si Lisya celedak/getek ni? Dari tadi aku carik-carik ndak jumpa-jumpa. Di mana jugak dia betapuk ni?
Ucie : Syapa jugak yang kau carik tu? Dari tadi lagi aku tinguk macam cacing.
Anah : Anu bha, aku cari si Lisya ni. Dari tadi lagi ndak sampai-sampai. Ndak tau di mana jugak dia betapuk.
Ucie : Haha, mau jugak kau mencarik dia bha. Sudah kau tau dia tu geger-geger. Kilik-kilik, mau jugak kau layan main sama dia.
Anah : Adakah kau tinguk dia?
Ucie : Ndak la ku tau. Di bawah kolong kalik dia. Di stor belakang tu bertapuk.
Anah : Gelap bha tu bilik stor. Ada senterka? Pinjam dulu aku. Mau jugak aku cari dia nie bha.
* Celedak/ getek = mengada-ada
* Betapuk = Bersembunyi
* Tinguk = tengok
* Macam Cacing= Tidak pandai diam/ ke hulu ke hilir
*Anu = Errrrr (sedang berfikir)
*Ndak = Tidak
*Sampai-sampai= belum tiba/ tidak muncul
*Tau = tahu
* Mencarik = Mencari
* Geger-geger = gila-gila
* kilik-kilik = suka buat perkara yang tidak masuk akal
* bawah kolong= bawah rumah
* kalik = Mungkin
* Senter = lampu suluh
Bagaimana semua? Adakah anda faham dengan situasi di atas. Tentu sekali anda sudah memperoleh beberapa kosa kata istilah baru bukan? Bahasa itu perlu dikongsikan bersama agar bahasa tersebut mampu berkembang kerana suatu bahasa akan terus berkembang jika penuturnya semakin ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan