Melihat kepada gaya remaja kini, semuanya ingin tampil dengan identiti tersendiri. Remaja masa kini ingin tampil menarik serta mempunyai daya tarikan tersendiri. Terdapat pelbagai gaya dan penampilan remaja yang menjadi tontonan kepada masyarakat. Ada yang berpakaian sopan, ada yang berpakaian ranggi, ada yang berpakaian sporty, ada yang berpakaian funky dan punk serta tidak kurang pula remaja yang berpakaian seksi.
Semua ini adalah suatu yang sudah biasa ditontonkan kepada masyarakat umum. Golongan remaja kini lebih suka tampil pelik, tersendiri dan lain dari yang lain. Setiap penampilan ini juga mempunyai gaya pertuturan tersendiri. Jika seseorang itu mempunyai penampilan yang agak up to date mereka berasakan mereka perlu bertutur secara up to date juga iaitu berbahasa Inggeris. Manakala, remaja yang tampil dengan gaya punk dan gaya yang sedikir menyesakkan pandangan akan lebih suka bertutur dalam bahasa slanga seperti gua, lu, cikaro, awek, pakwe dan sebagainya adalah bahasa yang biasa ditutrkan oleh golongan ini.
Manakala dolongan remaja yang tampil biasa dan sederhana sering dilihar menggunakan bahasa yang biasa dan lebih sopan. Namun masih menggunakan bahasa rojak serta pengaruh daerah masing-masing kerana golongan ini mempunyai jati diri yang kuat kepada bahasa ibunda mereka. Tidak salah cuba untuk tampil menarik serta mempunyai gaya tersendiri, tetapi gaya yang dipertontonkan itu perlulah sesuai dengan persekitaran kerana terdapat remaja yang tampil tidak sesuai dengan persekitarannya seperti berpakaian agak menjolok mata dalam sesebuah kenduri kendara. Perkara seperti ini sedikit bertentangan dengan adat dan budaya ketimuran masyarakat kita.
Para remaja perlulah tahu membezakan gaya yang memberi keselesaan kepada dirinya dan orang lain kerana masyarakat umumlah yang menilai gaya mereka dan keselesaan itu sangat penting bagi mewujudkan komunikasi yang baik dan keselesaan bersama. Disamping itu, gaya penampilan seseorang akan membawa maruah diri serta maruah keluarga. Oleh demikian, remaja perlu lebih bijak memilih gaya mereka dan cuba untuk mengekalkan budaya ketimuran masyarakat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan