Ahad, Januari 23, 2011

Situasi 1

Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini...adalah pengalaman diusik oleh kawan-kawan tentang bahasa kelantan.  Pengalaman itu sangat melucukan kerana sememangnya diri ini tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang bahasa orang pantai timur.  Hehehe...walhal rasanya masa itu diriku telah berada pada semester 2...tetapi masih boleh terkena dengan kenakalan kawan-kawan.  Situasi bilik kuliahpun jadi gamat disebabkan aku yang telah terkena. Umpama dalam siaran "Wakenebeb"...aku pun digelakkan oleh rakan-rakan.  Begini kisahnya...hehehe

"Kawan-kawan aku sedang bercerita tentang sesuatu yang aku tidak pasti apa topik perbualannya. Oleh sebab mereka berbual dalam bahasa pantai timur, aku yang terdengar perbualan itu tertarik untuk bertanya."
                  Aku: Weh kamu cerita pasal apa(dengan muka penyibuk)? 
                  Zamri: Takdok pa...nie dia cerita pasal gewe dio...
                  Aku: Hah! Gewe?? Gewe tu apa benda?
                  Zamri: Alah ucie nie gewe la...gewe...
                 Aku: Yala, gewe tu apa?
                 Zamri: Takdok pa...gewe tu sejenis biskuk.
                 Aku: Biskuk? (masih tidak mampu memahami) Apa tu?
                 Zamri: Biskuk tu biskuk, tu yang kita make cicah air.
                 Aku: ooo biskut. Cakapla terang-terang.

Kawan-kawan lain sudah tergelak-gelak. Aku pun mula hairan kenapa mereka perlu ketawa. Dengan perasaan yang tidak puas hati. Aku pun bertanya lagi.

                  Aku: Zamri kenapa kamu ketawa? Cakaplah betul-betul, gewe tu apa? Janganlah mainkan aku.
                  Zamri: Ok ok...sorry Ucie...hehehehe.  Gewe tu maksud dia makwe( kekasih). 

Mereka pun masih gelakkan aku, sebab aku sudah terkena dengan mereka hari.  Hehe...jadi pengajarannya, jangan jadi seseorang yang suka menyibuk pasal orang dan cuba belajar sesuatu yang baru bila berada di tempat orang. Sekian.        



Komen: Berkaitan dengan perbezaan bahasa, sememangnya itu merupakan sesuatu yang sangat istimewa di Malaysia kerana kita mempunyai pelbagai bahasa yang juga membawa kepada perbezaan budaya.  Oleh hal demikian, kita sebagai masyarakat perlu cakna terhadap bahasa dialek, loghat mahupun bahasa pasar yang digunakan oleh setiap kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia.  Jangan malu bertanya kerana sememangnya orang yang malu bertanya itu adalah orang yang sangat rugi kerana bakal tersesat di jalannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan